SAO PAULO 24 Nov. – Kadar kemusnahan hutan hujan Amazon dilaporkan sudah mencapai tahap tertinggi dalam tempoh sedekad pada tahun ini yang berpunca daripada kegiatan pembalakan haram dan pencerobohan hutan secara berleluasa. Imej satelit yang dikumpul dalam tempoh 12 bulan sehingga hujung Julai tahun ini menunjukkan kira-kira 7,900 kilometer per segi kawasan hutan Amazon dimusnahkan dan keluasan itu bersamaan lebih separuh daripada wilayah Jamaica. Keadaan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 13.7 peratus dari tempoh yang sama dalam tahun sebelumnya. Pemusnahan hutan disifatkan sebagai satu daripada punca kepada pemanasan global di seluruh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya