MATANYA tekun meneliti X-ray kaki seorang pesakit yang cedera kerana terjatuh dari tangga. Kelihatan tulang buku lali lelaki itu patah. Melihat hasil X-ray tersebut, Prof. Madya Dr. Mohd. Yazid Bajuri, 42, mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bagi menyelamatkan kaki pesakit itu. Terlebih dulu, beliau akan memastikan pesakit itu bersedia dari aspek kesihatan sebelum menjalani pembedahan. Ketika menjalani pembedahan, besi akan dimasukkan ke dalam tulang untuk membetulkan kakinya yang patah dan bengkok. Selepas itu, pesakit tersebut akan dirawat di wad untuk beberapa hari sehingga luka tersebut sembuh. Pesakit juga perlu menjalani…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya