KUALA TERENGGANU 30 Nov. – Festival Layang-Layang Antarabangsa Beautiful Terengganu yang julung kali diadakan di negeri ini menarik penyertaan 58 peserta dari 10 negara dalam acara yang berlangsung mulai semalam hingga Ahad, di pantai Batu Burok di sini. Penganjurnya, Mohd. Glen Abdullah berkata, orang ramai berpeluang menyaksikan pelbagai replika layang-layang termasuk daripada karakter kartun terkenal yang saiznya dianggarkan kira-kira 100 meter. “Tujuan kita adalah untuk menghidupkan kembali nostalgia layang-layang dan wau yang cukup sinonim dengan Terengganu, bahkan saya difahamkan sudah 18 tahun acara seumpama ini tidak dianjurkan di negeri ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya