HANOI 30 Nov. – Mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman kepada dua pegawai kanan polis selepas didapati bersalah menjalankan kegiatan perjudian atas talian. Menurut media tempatan, mereka berjaya meraih keuntungan berjuta dolar menerusi kegiatan berkenaan. Bekas ketua Jabatan Polis Awam, Phan Van Vinh dan bekas ketua jabatan polis berteknologi tinggi, Nguyen Thanh Hoa dijatuhi hukuman sembilan serta 10 tahun. Lapor portal VnExpress dan Zing News, kedua-duanya didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai anggota polis. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya