KUALA LUMPUR 9 Nov. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kaedah permohonan baharu secara tender terbuka bagi tapak papan iklan paparan luar ‘billboard’ dan ‘unipole’ di sekitar ibu kota berkuat kuasa Januari tahun depan. Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd Zain berkata, selaras dengan tindakan itu, pihaknya juga akan mengenakan sewa tapak ke atas mana-mana syarikat yang ingin mendirikan iklan di atas tanah milik kerajaan. Bagaimanapun katanya, kadar sewa itu belum diputuskan oleh pihaknya namun akan dikenakan menerusi bidaan mengikut lokasi dan keluasan. “Notis pemberitahuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya