Oktober lalu, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita kematian akibat keracunan makanan. Kali ini kejadian dikaitkan dengan laksa di Baling, Kedah. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan agen penyebab keracunan makanan laksa baru-baru ini berpunca daripada bakteria ‘salmonella enterica serovar weltevreden’. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ujian ‘Pulse Field Gel Electrophoresis’ (PFGE) yang dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang pada Ahad mendapati bakteria tersebut dikesan dalam sampel klinikal pesakit serta sampel mi laksa. Bakteria tersebut dikesan daripada mi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya