LOS ANGELES 17 Nov. – Jumlah mangsa yang hilang akibat kebakaran hutan, Camp Fire di utara California meningkat kepada 1,011 orang manakala mangsa yang terkorban kini berjumlah 71 orang. Semalam sebanyak lapan mayat mangsa ditemukan oleh petugas mencari dan menyelamat. Syerif daerah Butte, Kory Honea berkata, jumlah mangsa yang hilang meningkat setelah lebih banyak laporan mangsa hilang diperoleh dan semakan panggilan kecemasan semasa kebakaran berlaku pada 8 November dibuat. Beliau berkata, senarai mereka yang hilang sentiasa bertambah namun tidak bermakna mereka dalam senarai mangsa yang terkorban. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya