MELAKA 20 Nov. – Niat sebahagian daripada penduduk di Jalan Delima 29, Taman Bukit Melaka di sini meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) membina bonggol untuk mencegah kemalangan di kawasan perumahan mencetuskan rasa tidak puas hati segelintir penduduk. Pembinaan bonggol jalan itu didakwa dilakukan tanpa mendapat persetujuan majoriti sehingga menyukarkan sebilangan penduduk masuk ke ruang letak kenderaan di rumah mereka. Namun dakwaan itu bercanggah dengan pendapat sebahagian lagi penduduk yang menyokong pembinaan bonggol berkenaan kerana mengambil kira faktor keselamatan orang ramai yang terdedah kepada bahaya dirempuh kenderaan yang kerap dipandu laju.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya