SUSULAN pembunuhan wartawan Washington Post, Jamal Khashoggi, Arab Saudi menahan 18 suspek dan memecat lima pegawai kanan kerajaan Riyadh bagi membantu siasatan. Jamal yang lantang mengkritik kepemimpinan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman memasuki konsulat negara itu di Istanbul, Turki pada 2 Oktober untuk mendapatkan dokumen bagi melangsungkan perkahwinan. Namun, berita kehilangannya mula tular dan pentadbiran Riyadh mengakui bahawa Jamal mati dalam konsulat tersebut dan mendakwa kematiannya diakibatkan oleh satu operasi. Bagaimanapun, Turki menegaskan bahawa seramai 15 anggota perisik operasi Arab Saudi terbang ke Istanbul menggunakan dua jet peribadi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya