California, Amerika Syarikat – Bayu panas dan kering diberi jolokan ‘Angin Syaitan’ bertiup ke kawasan kebakaran hutan di California Selatan semalam, mengakibatkan api yang meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa menjadi semakin marak, kata beberapa pegawai. “Ia semakin buruk. Kami menerima angin kuat berkelajuan hingga 112 kilometer sejam,” kata ahli meteorologi tempatan, Marc Chenard awal semalam berhubung bayu Santa Ana itu yang digelar ‘Angin Syaitan’. Angin itu melanda kawasan di Los Angeles di mana kebakaran dikenali sebagai Woolsey Fire marak di Daerah Ventura dan meragut sekurang-kurangnya dua nyawa sejak Khamis lalu. Angin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya