KUBANG PASU 3 Okt. – Wayang kulit yang dikatakan bertapak lebih 250 tahun lalu merupakan sejenis persembahan teater rakyat menggunakan bayang dengan iringan muzik tradisional yang bertujuan untuk menghiburkan orang ramai. Di Kedah, wayang kulit atau lebih dikenali sebagai wayang gedek dikatakan berasal dari Selatan Thailand berbeza dengan wayang kulit Kelantan dari segi dialek, watak selain terdapat unsur Buddha dan Hindu dalam jalan penceritaannya. Allahyarham Mohd. Noh Mahmud yang juga dikenali sebagai Pak Noh Dalang dikatakan tokoh yang mempopularkan wayang gedek di negeri ini selepas mempelajarinya daripada seorang penduduk Siam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya