GAZA 14 Okt. – Seorang wanita Palestin maut selepas penduduk Israel bertindak membaling batu ke arah keretanya berdekatan penempatan haram Israel di wilayah yang diduduki, Tebing Barat. Lapor portal al-Jazeera, wanita berkenaan, Aisha Al-Rawbi, 47, disahkan meninggal dunia ekoran kecederaan kepala susulan insiden terbabit. Beribu-ribu penduduk Palestin menghadiri majlis pengebumiannya semalam di kampung Biddya, Tebing Barat. Suaminya, Aykube al-Rawbi, 52, yang turut bersama-sama mangsa ketika kejadian berkata, kenderaan mereka dibaling batu ketika melalui penempatan haram Israel berdekatan Nablus, bahagian utara Tebing Barat. “Batu-batu itu datang dari arah penempatan haram Israel.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya