SEREMBAN 22 Okt. – Sebuah gerai milik pengusaha sate tulang popular di Senawang di sini turut diarahkan tutup selama 14 hari susulan tempat penyediaan makanan itu didapati kotor semalam. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati gerai yang biasanya menjadi tumpuan ramai dan mula beroperasi pada pukul 4 petang tidak dibuka seperti biasa. Notis arahan penutupan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan turut ditampal di gerai berkenaan. Pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban semalam mendapati premis yang menjadi tempat memproses sate itu di Seremban Jaya di sini kotor dan mengabaikan aspek kebersihan pengendalian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya