KUALA TERENGGANU 28 Okt. – University College Bestari (UCB) yang dalam proses mencapai status universiti terbuka akan memperkenalkan visi serta misi baharunya tahun depan bagi melahirkan graduan yang arif dalam ilmu agama, keusahawanan dan kepemimpinan. Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, Prof. Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor berkata, usaha itu akan membolehkan kolej universiti itu menghasilkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah mampu memikul tanggungjawab sebagai imam muda, usahawan dan pemimpin berwibawa. Beliau memberitahu, ia juga sejajar dengan visi baharu UCB untuk melahirkan graduan yang serba boleh dalam pelbagai bidang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya