MALAYSIA ialah sebuah negara yang unik. Keunikannya adalah kerana kepelbagaian kaum dan etnik masyarakatnya. Dengan agama dan budaya yang berbeza, masyarakatnya sama-sama berusaha berjuang meraih kejayaan hidup dalam satu suasana persaingan yang sihat. Rahsia kejayaan ini adalah kerana sikap saling hormat-menghormati dan memahami akan agama dan budaya masing-masing serta rasa kasih sayang antara satu sama lain tanpa rasa prasangka. Kunci kejayaan mengekalkan keharmonian hubungan dalam memelihara pergaulan antara sesama kita, adalah menghargai dan menghormati antara satu sama lain, terutama dalam memelihara kata-kata. Sebenarnya kita boleh menghindari permusuhan dan perbalahan jika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya