KUALA LUMPUR 22 Okt. – Sektor pelancongan di Cameron Highlands akan mati sekiranya tiada penguatkuasaan undang-undang dilakukan terhadap aktiviti penerokaan tanah secara berleluasa di situ. Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddin M. Saaid berkata, hal demikian kerana kebanyakan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara bimbang berlakunya bencana seperti tanah runtuh dan banjir lumpur di kawasan pelancongan popular tersebut. “Kita perlu sedar, pelancong dari luar negara sangat mementingkan keindahan alam semula jadi dan sentiasa peka terhadap isu berkaitan alam sekitar di kawasan yang ingin dilawati mereka. “Cameron…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya