PASUKAN hoki bawah 18 tahun (B-18) negara mencipta sejarah di bumi Argentina apabila mengesahkan status selaku dua pasukan terbaik dalam acara hoki lima sebelah (5’s) pada Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018. Kejayaan mara ke pentas final hadir selepas skuad yang diberi gelaran Young Tigers itu berjaya menewaskan Zambia 7-4 pada aksi separuh akhir di Taman Olimpik Argentina, Buenos Aires awal pagi semalam. Bintang dalam pembikinan arena hoki tanah air, Muhamad Akhimullah Anuar Esook sekali lagi mempamerkan ketajamannya di depan gawang gol apabila meledak hatrik ke atas Zambia pada perlawanan itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya