KUALA LUMPUR 4 Okt. – Selepas tiga kali bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapkan ke muka pengadilan dengan keseluruhan 32 pertuduhan, hari ini giliran isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pula didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 17 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah lebih RM7 juta. Seperti suaminya, Rosmah, 67, yang bermalam di dalam lokap di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya malam tadi turut mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan kepadanya satu persatu oleh dua jurubahasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya