SILATURAHIM. Lebih 70 bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong, Kota Bharu sesi 1979 dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) mengadakan gotong-royong memasak bubur asyura di Kampung Guntong Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Pengarah program itu, Hasmadi Mohamed berkata, program memasak bubur asyura itu merupakan aktiviti itu bagi merapatkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat. “Sebanyak 220 bungkus bubur asyura telah diagihkan kepada masyarakat setempat,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya