PADANG BESAR – Polis berjaya merampas 28 guni yang berisi 700 kilogram daun ketum bernilai RM21,000 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kolam di sini kira-kira pukul 10 pagi hari ini. Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, pihaknya melakukan serbuan itu hasil maklumat risikan pihaknya. “Seorang suspek lelaki berusia 33 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. “Siasatan awal mendapati suspek akan menyeludup daun ketum itu untuk pasaran Thailand. “Dia dipercayai telah melakukan penyeludupan daun ketum itu sejak lebih dua tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya