Deretan pasu berisi tanaman kubis yang sedang mekar disusun cantik bertingkat-tingkat pada beberapa sudut halaman rumah, memikat mata yang memandang. Pemilik kediaman yang terletak di Taman Desa Telok Ira, Temerloh, Pahang itu, Nor Hayati Ismail nyata mempunyai idea sendiri apabila memutuskan untuk berkebun sayur. Dia mahu tanaman itu bukan sekadar dapat memenuhi keperluan dapurnya, tetapi lebih penting mengindahkan lagi halaman rumah yang telah pun dihiasi dengan pelbagai jenis bunga berwarna-warni. ‘‘Sebenarnya, saya tercabar dengan kata-kata rakan-rakan dalam ‘geng kebun’ yang merasakan agak mustahil untuk menanam kubis dalam pasu lebih-lebih lagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya