IPOH – Seorang penjual kereta terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menjalankan perniagaan memberi pinjam wang tanpa lesen yang sah berjumlah RM6,000 tiga tahun lalu. Tertuduh, Lee Tak Foo, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen yang sah kepada Chia Yoke Peng, 53, sebanyak dua kali dengan nilai masing-masing sebanyak RM3,000 di No. 35, Pekeling Rokam, Pekan Razaki di sini pada 15 dan 27 Januari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya