KENANGAN manis menghadiahkan sebutir pingat emas menerusi acara antara regu sepak takraw di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 pada Ogos lalu masih segar di ingatan Mohamad Azlan Alias, 23 tahun. Mohamad Azlan bersama ahli pasukannya yang terdiri daripada lima pemain berjaya menamatkan kemarau emas selepas lebih 24 tahun Malaysia gagal menempatkan nama di tangga juara. Kali terakhir skuad sepak takraw memenangi pingat emas ialah pada 1994 semasa Sukan Asia di Hiroshima, Jepun dan pada Sukan Asia 1990 di Beijing, China. Kemenangan manis itu diraih penuh dramatik apabila skuad yang dikendali jurulatih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya