IPOH – Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan Proton Holdings Bhd. (Proton) di Bandar Proton City di Tanjung Malim, Perak terus mencatat kejayaan walaupun terdapat usaha membabitkan pengeluaran kereta nasional ketiga. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming berkata, antara usaha kementerian adalah mengenal pasti kluster, termasuk automotif yang terletak di kawasan terbabit. “Ini akan memberi kelebihan kepada Tanjung Malim serta Proton sendiri dari segi pemilikan rantaian bekalan yang baik. “Kita juga melihat langkah rakan strategik Proton, Geely (Zhejiang Geely Holding Group) yang mengumumkan beberapa inisiatif membabitkan program…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya