Berbaju kolar, berseluar cerah serta bersepatu kulit, penampilan Prof. Dr. Azhar Kasim, 60, pada pagi itu tidak ubah seperti seorang pensyarah yang ingin mengajar dalam bilik kuliah. Hakikatnya, bekas pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berpakaian sedemikian untuk masuk ke reban ayam milik rakan karibnya di Kajang, Selangor. Ketika itu, suasana reban yang dihuni lebih 15 ekor ayam kampung agak lecak dek musim hujan sejak kebelakangan ini serta najis ayam di merata sudut. Tanpa menghiraukan pakaian, kasut dan keadaan di sekeliling Azhar bergegas masuk ke dalam reban apabila terlihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya