PETALING JAYA 14 Okt. – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membuka 22 kaunter bergerak dalam Kempen Jom Bayar Lesen Perniagaan 2019 bermula 1 November hingga 31 Disember depan bagi menggalakkan peniaga memperbaharui lesen perniagaan mereka. Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, kaunter bergerak itu bertujuan mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat MBPJ pada waktu puncak selain untuk memudahkan peniaga. “Kaunter tersebut akan dibuka di sekitar pusat beli-belah di sini bermula di Jaya Shopping Centre pada 1 dan 2 November ini. “Turut dibuka di Pasar Malam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya