KUALA LUMPUR 30 Sept. – Malaysia jelas bukan tandingan buat Thailand apabila kecundang 2-0 dalam perlawanan akhir acara berpasukan Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand Ke-33, 2018 di Pusat Beli-belah Terminal 21, Korat hari ini. Said Ezwan Said De (tekong), Fadzil Mustapa (perejam) dan Azwan Muhrim (pengumpan) membuka langkah longlai regu pertama negara setelah tewas 12-21, 17-21 kepada Kritsanapong Nonthakote, Anuwat Chaichana dan Assadin Wongyota. Regu kedua turut senasib iaitu Hairul Hazizi Haidzir, Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Aidil Aiman Azwawi yang dibenam Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya