PARIT 30 Okt. – Sebanyak 21 mahasiswa Universiti Teknologi Petronas (UTP) menjayakan pemasangan 10 lampu berasaskan tenaga solar di sekitar 30 perumahan Orang Asli di Kampung Ayer Denak, dekat Bota di bawah projek Hope UTP 2.0. Pemasangan lampu itu sekali gus membantu pencahayaan persekitaran yang gelap pada waktu malam, justeru membolehkan masyarakat peribumi itu menjalankan pelbagai aktiviti sesama mereka. Lampu-lampu yang dipasang oleh mahasiswa dari pelbagai jurusan kejuruteraan UTP itu terdiri daripada panel dan pengawal solar, bateri serta mentol LED yang mudah ditukar. Pengurus projek Hope UTP 2.0, Nur Shaza…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya