KUALA LUMPUR 30 Okt.- Projek Solar Berskala Besar (LSS) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor mencapai tarikh operasi awal (IOD) dengan tenaga pertama yang dijana ke Grid Nasional pada minggu lepas. Menurut TNB, projek LSS itu menyaksikan kerja yang lancar dan mampu menjana kapasiti penuh sebanyak 50 megawat (MW) sebelum akhir tahun. Katanya, loji dengan 230,000 panel solar dan gentian kabel optik sepanjang 10 kilometer (km) dengan kuasa 132 kilovolt (kV) adalah projek LSS pertama terbesar Malaysia setakat ini. “Projek yang bermula sejak Julai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya