LUAHAN kekecewaan ditawarkan bayaran murah bukan bermaksud pelakon veteran, Jalil Hamid mendabik dada sementelah beliau memiliki lebih 40 tahun pengalaman dalam bidang lakonan. Bukan sahaja pengalaman luas dalam industri seni tempatan, bahkan aktor berusia 61 tahun itu pernah diiktiraf dengan trofi berprestij antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin pada tahun 1995 dan Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (1992). Jalil atau nama lengkapnya Abdul Jalil Abd. Hamid mengakui tindakan berkongsi luahan sebegitu pasti akan mengundang padah selain berdepan dengan ‘kekeringan’ tawaran lakonan. Namun, segala kemungkinan tersebut telah difikirkan semasak-masaknya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya