JAKARTA 31 Okt. – Indonesia mengarahkan semua pesawat Boeing 737 MAX 8 yang dimiliki syarikat penerbangan dari negara ini supaya diperiksa susulan nahas Lion Air JT610 yang menggunakan jenis pesawat sama. Kementerian Pengangkutan Indonesia sebagaimana lapor Jakarta Post telah menghantar sepucuk surat kepada Lion Air dan Garuda Indonesia, dua syarikat penerbangan Indonesia yang menggunakan MAX 8, untuk menjalankan ujian ‘khas’ kelayakan terbang ke atas jenis pesawat Boeing 737 MAX 8. Lion Air mengendalikan 11 pesawat Boeing 737 MAX 8 manakala Garuda Indonesia menggunakan satu. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya