Usah terkejut dengan tajuk di atas. Bukan cacing hidup yang dimaksudkan, tetapi cacing yang telah mati masih boleh dimakan jika anda tidak mempunyai masalah alahan makanan (food allergy) atau menderita sindrom atopi. Begitupun, adalah lebih baik untuk mengelakkan daripada termakan cacing berkenaan terutama pada kanak-kanak, yang lazimnya sukar diketahui tentang tindak balas alahan yang bakal mereka hadapi, selain keadaan sistem imun mereka yang masih belum berkembang dengan sempurna. Hakikatnya, kewujudan cacing di dalam daging, buah-buahan dan sayur-sayuran bukanlah sesuatu yang pelik, namun baru-baru ini tular dalam laman media sosial tentang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya