KOTA BHARU – Bubur Asyura atau panggilan ‘Suro’ campuran tiram menjadi perhatian pengunjung pada Program Asyura 2018 anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kelantan di perkarangan pejabat itu di sini hari ini. Asyura tiram pertama di negeri Kelantan itu dihasilkan dengan campuran 20 kilogram tiram, beras, telur dan jagung mengambil selama lapan jam untuk dimasak. Kebiasaannya di negeri ini, penduduk mencampurkan daging lembu ke dalam bubur tersebut. Masakan asyura tersebut dikendalikan oleh pembekal tiram mentah, Musa Daud, 59, atau dikenali dengan Pak Weil Tiram dan beberapa pekerjanya. Program tahunan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya