SELEPAS lagu berjudul Hikayat Benladin mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat muzik tempatan dengan rekod tontonan sebanyak 15 juta di laman YouTube, penyanyi Ben Ladin kini jelas berhati-hati dalam menghasilkan single terbaharu. Ben Ladin atau nama sebenarnya, Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 17, tidak menyangka Hikayat Benladin berjaya membawa karier nyanyiannya ke tahap yang lebih tinggi sehinggakan lahir perasaan risau dalam dirinya. Hal ini kerana dia berasa bimbang untuk mencari jalan bagaimana mahu mengekalkan momentum karier dengan menghasilkan lagu yang lebih berkualiti. “Kerisauan dalam menghasilkan sesuatu yang lebih baik pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya