KUALA LUMPUR 11 Okt. – Orang ramai kini boleh memperbaharui takaful kenderaan dan cukai jalan mereka di 212 cawangan statik dan kaunter bergerak Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abibullah Samsudin berkata, perkhidmatan itu adalah sebahagian daripada rancangan kerjasama strategik antara Koperasi Yapeim Berhad (KYB) dengan Etiqa General Takaful Berhad (EGTB). Beliau berkata, turut ditawarkan adalah takaful kemalangan diri dan…










