Di hujung talian, suara pelaku seni bernama Zaibo ceria menjawab panggilan daripada penulis. Tiada langsung nada lemah, bahkan tidak menolak untuk ditemu bual. Sebaliknya, tutur kata aktor yang terkenal menerusi watak Pak Selamat dalam drama Spanar Jaya itu tersusun rapi dan bersemangat berkongsi penyakit kanser yang dideritainya ketika ini. Beliau memberitahu, dirinya berasa sihat. Cuma, masih tidak boleh menjamah sebarang makanan pepejal. Aktor yang sudah bergelumang dengan dunia seni hampir separuh abad itu hanya dibekalkan susu khas oleh pihak hospital sebanyak lima kali sehari. Untuk berapa lama, Zaibo perlu menikmati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya