KUALA LUMPUR 30 Sept. – Situasi penuh tekanan yang dihadapi UMNO hari ini tidak akan menggugat keyakinan ahli-ahli daripada sayap Wanitanya untuk terus bergerak mengangkat semula martabat parti. Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Noraini Ahmad berkata, kesetiaan Wanita UMNO usah diragui kerana sejak dahulu ahli pergerakan itu sentiasa berpegang kepada prinsip melaksanakan amanah penuh keikhlasan. “Sayang mereka kepada parti tidak boleh digugat. Dalam apa keadaan, Wanita masih setia. “Mereka bukan sahaja tidak mahu parti ini dimatikan atau dikuburkan tetapi akan mengerah seluruh kudrat untuk membantu membangkitkan roh dan semangat UMNO,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya