KUALA LUMPUR 7 Sept. – Dua lelaki ditahan selepas membawa dua kontena mengandungi 10.5 juta batang rokok serta 2,600 liter minuman keras berjumlah RM10 juta yang diseludup masuk ke negara ini melalui zon bebas Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dekat sini pada Ahad lalu. Dalam tangkapan yang dilakukan pukul 7.50 malam itu, kesemua rokok dan minuman keras terbabit diseludup dari Vietnam melalui perairan negara sebelum tiba di pelabuhan berkenaan. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, kesemua barangan itu diletakkan di dalam kontena dari Singapura…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya