[VIDEO] Musa keluar dari ibu pejabat SPRM - Utusan Malaysia

[VIDEO] Musa keluar dari ibu pejabat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Sept.- Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada pukul 2.10 petang ini. Difahamkan bekas Ketua Menteri Sabah itu keluar selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM membabitkan isu rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Beliau meninggalkan ibu pejabat SPRM dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna perak. Menurut sumber, SPRM akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung siasatan membabitkan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu pada petang ini.-UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya