SAYA masih ingat ketika zaman kanak-kanak apabila ada saudara mara yang balik dari Mekah menyedekahkan air zamzam, terasa amat sukar untuk menelannya walaupun seteguk kerana rasanya yang payau. Ketika itu jika disuakan air zamzam mahu sahaja menolaknya walaupun dalam hati terasa rugi kerana tidak sanggup meneguk air yang menjadi dambaan seluruh umat Islam. Namun, apabila mengerjakan rukun Islam kelima tahun ini sebagai petugas media yang membuat liputan sepanjang musim haji 1439 Hijrah, meminum air zamzam yang disediakan di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidilharam, Mekah setiap kali sebelum dan selepas solat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya