SEPASANG tangan Syarifah Artini Ajmain, 35, cermat menyisip satu persatu daun serdang menggunakan jarum dan tali rafia ke dalam sebuah kerangka buluh sehingga ia menjadi bentuk seakan-akan kubah yang dipanggil tudung duang atau tudung saji oleh masyarakat Bajau. Daun serdang yang mempunyai struktur seperti daun kelapa tetapi lebih panjang, lebar dan keras itu dicelup pewarna rona terang yang dipesan khas dari Terengganu seperti hijau, kuning, ungu, merah jambu dan hitam sebelum disemat secara berselang-seli. Ibu kepada tiga cahaya mata empat bulan hingga enam tahun itu akan mengambil sendiri tumbuhan tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya