Trump janji tamatkan pelucutan senjata nuklear - Utusan Malaysia

Trump janji tamatkan pelucutan senjata nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 7 Sept. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji akan melengkapkan perjanjian berhubung pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea bersama-sama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Kenyataan itu memberi petanda bahawa rundingan berkenaan masih berjalan selepas beberapa minggu dilihat menemui jalan buntu. “Jong-un meletakkan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada saya. Terima kasih Jong-un. Kita akan melakukannya bersama-sama!” ujar Trump dalam Twitter. Semalam, Jong-un turut menyatakan semula komitmennya untuk menjalankan pelucutan senjata nuklear sewaktu mengadakan pertemuan dengan wakil khas Korea Selatan. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya