SHAH ALAM 6 Sept. – Polis Selangor menafikan telah menahan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya, Jun lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, setakat ini, tangkapan hanya membabitkan dua individu iaitu isteri mangsa dan bekas suami isterinya. “Saya menafikan penahanan dua anak tiri mangsa dan tiada tangkapan baharu dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini. Terdahulu, beberapa portal berita melaporkan polis telah menahan dua anak tiri mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya