KANGAR 6 Sept. – Seawal pukul 6 petang, orang ramai mula memenuhi Stadium Tuanku Syed Putra di sini bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri yang buat kali ketiganya diadakan pada sebelah malam baru-baru ini. Ketika acara bermula, stadium yang mampu memuatkan lebih 20,000 orang itu penuh sesak dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum bagi menyaksikan aktiviti menarik. Majlis yang meriah dan berwarna-warni itu menampilkan kira-kira 50 buah kontinjen perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan. Seperti lazimnya, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya