SKUAD sepak takraw negara berjaya menamatkan kemarau pingat emas apabila muncul juara acara antara regu pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Indonesia Selasa lalu. Pada aksi final yang berlangsung di Dewan Ranai, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang itu, regu negara yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd. Razak selaku tekong, Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) berjaya menewaskan regu tuan rumah dalam pertarungan tiga set, 18-21, 22-20 dan 21-11. Kemenangan itu berjaya mengembalikan kegemilangan atlet negara dalam sepak takraw selepas kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas adalah pada Sukan Asia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya