IPOH – Selangor menamatkan penantian 24 tahun untuk merangkul pingat emas acara hoki wanita Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengalahkan Sabah 1-0 pada aksi final di Stadium Azlan Shah semalam. Kejayaan itu menyaksikan skuad Gergasi Merah mengulangi pencapaian terbaik skuad 1994 yang dinobatkan sebagai juara hoki wanita Sukma di venue yang sama. Biarpun menghadapi rintangan seperti beraksi dalam hujan lebat, Selangor tetap berjaya mempamerkan persembahan cemerlang apabila Siti Nur Aliah Amnuruddin muncul wira dengan meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-23. Menurut jurulatih Selangor, Ikmal Abdul Jabar, beliau berbangga dengan persembahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya