KUALA LUMPUR 22 Sept. – Tekanan akibat penyebaran berita palsu mengenai kematian vokalis kumpulan Iklim, Saleem benar-benar meninggalkan impak mendukacitakan terhadap ahli keluarga beliau. Menurut isterinya, Juriah Bachok, berita palsu tentang kematian suaminya itu memberi tekanan buat dia dan keluarga yang sedang diselubungi kesedihan. “Keadaan dia sangat parah dan boleh bayangkan tak bagaimana perasaan saya dan keluarga ketika ini sedang bersedih serta mengharapkan dia lekas sembuh. “Saya amat terkejut bila dihubungi rakan media bertanyakan tentang berita ini sedangkan kami sendiri tidak tahu. “Andai kata benarlah, orang pertama yang sepatutnya diberitahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya