FARO, Portugal 7 Sept. – Pertahanan Portugal, Pepe menjadi penyelamat apabila tandukannya membolehkan pasukannya mengikat Croatia 1-1 dalam penampilan ke-100 pemain itu sewaktu aksi persahabatan, hari ini. Dalam perlawanan tersebut Croatia berjaya mendapatkan jaringan awal menerusi Ivan Perisic pada minit ke-18 hasil rembatan kencang yang menembusi pertahanan Portugal. Bagaimanapun penguasaan Croatia tidak bertahan lama apabila Pepe dapat menyamakan kedudukan 14 minit selepas itu. “Saya terlalu gembira dan bersyukur dengan peluang yang diberikan Portugal kepada saya dan saya cuba menikmati setiap saat,” kata Pape.- REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya