LONDON 6 Sept. – Penyanyi utama kumpulan rock The Cranberries, Dolores O’Riordan meninggal dunia akibat lemas kerana keracunan alkohol, dedah satu inkues di sini, hari ini. O’Riordan, 46, ditemukan di dalam tab mandi di bilik Hotel Park Lane Hilton pada 15 Januari lalu. Koroner, Shirley Radcliffe di London memutuskan punca kematian penyanyi itu adalah kerana lemas secara sengaja akibat minum arak berlebihan, tetapi tidak menemukan bukti kecederaan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya