KUALA LUMPUR – Kabinet berpandangan adalah penting Islam tidak ditonjolkan sebagai agama yang bengis dengan hukuman berat menanti umatnya yang melakukan kesalahan, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata demikian susulan kes dua wanita dihukum sebat enam kali di khalayak ramai di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Isnin lepas setelah mengaku bersalah melakukan hubungan seks sejenis di dalam sebuah kereta di Dungun, 8 April lepas. “Amatlah penting kita menunjuk agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum yang berat yang mengaibkan orang,” katanya ketika menyampaikan pandangan kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya